Webinar ini memberi panduan praktikal kepada pelajar pascasiswazah dalam menyediakan slaid pembentangan yang memenuhi jangkaan penilai serta menjawab soalan semasa Defence of Proposal dan Viva Voce. Kandungan merangkumi susunan dan maklumat penting dalam slaid, pembahagian markah seperti minor, major dan reviva, soalan-soalan lazim berkaitan tajuk, permasalahan kajian, objektif, skop, jurang ilmu, kaedah dan rumusan, serta teknik menjawab dengan lebih teratur. Peserta juga akan diberikan panduan mengenai penulisan pembetulan selepas keputusan diterima.