Webinar ini memberi panduan praktikal berkaitan penerbitan artikel akademik dalam jurnal berimpak tinggi yang diindeks oleh Web of Science (WoS) dan Scopus. Kandungan merangkumi cara mengenal pasti jurnal percuma atau tanpa bayaran penerbitan, memahami jenis-jenis artikel seperti full research paper, research notes, letters to editor dan concept paper, serta tips penulisan yang dapat meningkatkan peluang penerbitan. Peserta juga akan didedahkan kepada contoh jurnal berimpak tinggi dan kaedah memilih jurnal yang sesuai untuk penghantaran manuskrip.