“Program Literasi Digital: Penggunaan Microsoft Office (Word, PowerPoint dan Excel) serta Canva kepada Murid Sekolah Rendah” anjuran Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Pulau Pinang diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada penggunaan perisian Ms Office (Word, PowerPoint dan Excel) serta Canva bagi tujuan pembelajaran. Pelajar akan di dedahkan dengan pengajaran secara bersemuka dan juga atas talian menggunakan kursus yang di bangunkan dalam Massive Open Online Course (MOOC) dan juga Micro-Credential (MC). Pelajar akan di ajar menggunakan perisian tersebut secara “hands-on”.