Penerbitan artikel dalam jurnal berindeks merupakan antara indikator penting dalam meningkatkan kualiti penyelidikan, kebolehpasaran graduan serta reputasi akademik universiti. Walau bagaimanapun, sebahagian pelajar pascasiswazah masih memerlukan bimbingan khusus dalam menyediakan manuskrip yang memenuhi standard penerbitan jurnal akademik.
Sehubungan itu, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi (CMIWS), FKPM bercadang menganjurkan Bengkel Penulisan Artikel Penyelidikan yang memberi penekanan kepada aspek penulisan akademik, penyediaan artikel mengikut format jurnal, penggunaan perisian sokongan penyelidikan serta sesi amali (hands-on). Bengkel ini diharapkan dapat membantu pelajar menghasilkan manuskrip berkualiti yang berpotensi untuk diterbitkan dalam jurnal berwasit.