Isu keterjaminan makanan (food security) dan peningkatan kos sara hidup masa kini menuntut solusi yang inovatif dan praktikal di peringkat isi rumah. Oleh itu, Bengkel Inovasi Pertanian Lestari Pintar Berasaskan Internet of Things (IoT) diadakan untuk berkongsi ilmu teknik tanaman bandar bersama komuniti. Para peserta akan didedahkan kepada:
● penggunaan medium tanaman.
● formulasi dan penyediaan baja nutrisi.
● pengurusan serangga perosak.
Setelah kejayaan penganjuran siri terdahulu di pelbagai institusi, bengkel bagi tahun 2026 ini dianjurkan untuk memberi impak langsung kepada komuniti setempat di negeri Kedah Darul Aman. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini dikemukakan bagi mendapat pertimbangan dan kelulusan pengurusan UiTM Cawangan Perlis.